Pengenalan Modul

Pengenalan Modul

Objektif Utama Modul:

Senarai Standard Pembelajaran Topik Ruang berdasarkan DSKP



Topik 1: Sudut

Standard Pembelajaran:

6.1.1 Mengenal dan menamakan sudut tegak, sudut tirus dan sudut cakah pada bentuk segi empat tepat, segi empat sama dan segi tiga.



Topik 3: Perimeter

Standard Pembelajaran:

6.3.1 Menentukan perimeter bagi bentuk poligon sehingga lapan sisi.



Topik 5: Isipadu

Standard Pembelajaran:

6.4.1 Menentukan isi padu kubus dan kuboid menggunakan kubus 1 unit padu dan rumus.



Topik 2: Garisan

Standard Pembelajaran:

6.2.1 Mengenal dan menamakan garis selari dan garis serenjang.
6.2.2 Melukis garis selari dan garis serenjang.



Topik 4: Luas

Standard Pembelajaran:

6.3.2 Menentukan luas segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga bersudut tegak, segi tiga sama sisi dan segi tiga sama kaki menggunakan petak segi empat sama 1 unit persegi dan rumus.



Topik 6: Penyelesaian Masalah

Standard Pembelajaran:

6.5.1 Menyelesaikan masalah melibatkan ruang.

RPH Projek Topik Ruang berdasarkan DSKP:

Projek Sudut
Projek Garisan
Projek Perimeter
Projek Luas
Projek Isipadu
Projek Penyelesaian Masalah
Projek Sudut

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Topik: Projek Sudut

Murid:

Tahun 4

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pelajaran, murid dapat:
1. Mengenal pasti dan menamakan sudut tegak, tirus, dan cakah.
2. Mengaplikasikan pengetahuan sudut dalam projek kreatif.

 

Aktiviti Pembelajaran

1. Pengenalan (10 minit):
– Guru memperkenalkan jenis-jenis sudut menggunakan carta dan contoh visual.
– Perbincangan ringkas tentang sudut dalam kehidupan seharian.
2. Aktiviti Kumpulan (20 minit):
– Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
– Setiap kumpulan diberikan set kad bentuk (segi empat tepat, segi empat sama, segi tiga).
– Murid mengenal pasti dan menamakan sudut pada setiap bentuk.
3. Projek Kreatif (20 minit):
– Setiap individu mencipta satu lakaran ‘Taman Rimba’ yang menunjukkan pelbagai sudut dalam bentuk yang berbeza pada ranting pokok yang dilukis.
– Guru menunjukkan contoh lakaran dan langkah melaksanakannya. Murid mula melakar taman rimba mereka sendiri mengikut kreativiti masing-masing.
4. Pembentangan (10 minit):
– Setiap murid membentangkan lakaran Taman Rimba mereka kepada kelas.
– Kelas memberikan maklum balas dan bertanya soalan.

Bahan

Carta sudut, kad bentuk, kertas lakaran, penanda, pensel warna, pembaris L, pensel.

Penilaian

–  Senarai semak/ rubrik proses murid membina lakaran.
– Pembentangan lakaran.
– Kuiz ringkas untuk menilai pemahaman murid tentang jenis-jenis sudut.

Kemahiran Metakognitif

– Jurnal Refleksi Individu (5 minit):
  – Murid menulis dalam buku latihan tentang apa yang mereka pelajari mengenai sudut.
  – Soalan panduan: “Bagaimana anda mengenal pasti sudut dalam bentuk? Apakah cabaran yang anda hadapi?”

Penutup

– Guru merumuskan pelajaran dengan menekankan kepentingan mengenal pasti sudut dalam kehidupan seharian.
– Tugasan rumah: Cari dan lukis tiga contoh sudut dalam persekitaran rumah.

Projek Garisan

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Topik: Projek Garisan

Murid:

Tahun 4

Objektif

Pada akhir pelajaran, murid dapat:
1. Mengenal pasti dan menamakan garis selari dan garis serenjang.
2. Melukis garis selari dan serenjang dengan tepat.
3. Mengaplikasikan pengetahuan ini dalam projek kreatif.

Aktiviti

1. Pengenalan (10 minit):
– Guru memperkenalkan konsep garis selari dan garis serenjang menggunakan carta dan contoh visual.
– Perbincangan tentang di mana garis-garis ini boleh ditemui dalam kehidupan seharian.
2. Aktiviti Kumpulan (20 minit):
– Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
– Setiap kumpulan diberikan set kad dengan gambar yang mengandungi garis selari dan serenjang.
– Murid mengenal pasti dan menamakan garis-garis tersebut dalam gambar.
3. Projek Kreatif (20 minit):
– Setiap kumpulan mencipta peta bandar mini menggunakan kertas graf, di mana mereka perlu melukis jalan raya yang mengandungi garis selari dan serenjang.
– Murid menggunakan pembaris dan pensel warna untuk melukis dan menghias peta mereka.
4. Pembentangan (10 minit):
– Setiap kumpulan membentangkan peta bandar mini mereka kepada kelas.
– Kelas memberikan maklum balas dan bertanya soalan.

Bahan

Carta garis, kad gambar, kertas graf lakaran, pembaris, pensel warna, penanda.

Penilaian

– Senarai semak / rubrik proses murid membina projek semasa aktiviti kumpulan.
– Pembentangan peta bandar mini.
– Lembaran kerja untuk menilai pemahaman murid tentang garis selari dan serenjang.

Metakognitif

– Jurnal Refleksi Individu (5 minit):
  – Murid menulis dalam buku latihan mereka tentang apa yang mereka pelajari mengenai garis selari dan serenjang.
  – Soalan panduan: “Bagaimana anda mengenal pasti garis selari dan serenjang? Apakah kesukaran yang anda hadapi?”

Penutup

– Guru merumuskan pelajaran dengan menekankan kepentingan mengenal pasti dan melukis garis selari dan serenjang dalam kehidupan seharian.
– Tugasan rumah: Cari gambar dan tampal tiga contoh garis selari dan serenjang yang ada dalam majalah atau surat khabar lama.

Projek Perimeter

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Topik: Projek Perimeter

Murid:

Tahun 4

Objektif

Pada akhir pelajaran, murid dapat:
1. Mengenal pasti dan mengira perimeter bagi pelbagai bentuk poligon.
2. Mengaplikasikan pengetahuan perimeter dalam projek kreatif.

Aktiviti

  1. Pengenalan (10 minit):
    – Guru memperkenalkan konsep perimeter dengan contoh visual.
    – Perbincangan tentang kepentingan perimeter dalam kehidupan seharian.
    2. Aktiviti Kumpulan (20 minit):
    – Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
    – Setiap kumpulan diberikan set kad bentuk poligon.
    – Murid mengira perimeter setiap bentuk menggunakan pembaris.
    3. Projek Kreatif (20 minit):
    – Setiap murid diminta membina buku skrap kebun kecil dengan bentuk poligon yang berbeza daripada kertas lakaran yang diberikan. Guru memberikan demo buku skrap yang perlu dibangunkan.
    – Murid menggunakan bahan kitar semula untuk mencari gambar sayuran dan buah-buahan bagi menampal dalam buku skrap mereka.
    4. Pembentangan (10 minit):
    – Setiap murid memaparkan buku skrap mereka di hadapan kelas. Guru memberi peluang kepada murid lain untuk meninjau hasil kerja rakan mereka.
    – Kelas membuat refleksi secara menyeluruh  dan bertanya soalan tentang pelajaran hari ini.

Bahan

Kad bentuk poligon, pembaris, buku skrap (lembaran disediakan), bahan kitar semula (majalah, buku lama, surat khabar dll.), gunting, gam, pensel warna.

Penilaian

– Senarai semak dan rubrik proses menjalankan projek.
– Hasil buku skrap kebun mini.
– Lembaran kerja untuk menilai pemahaman murid tentang pengiraan perimeter.

Metakognitif

– Jurnal Refleksi Individu (5 minit):
  – Murid menulis dalam buku latihan tentang apa yang mereka pelajari mengenai perimeter.
  – Soalan panduan: “Bagaimana anda mengira perimeter? Apakah cabaran yang anda hadapi?”

Penutup

– Guru merumuskan pelajaran dengan menekankan kepentingan mengira perimeter dalam kehidupan seharian.
– Tugasan rumah: Kira perimeter 3 objek yang mereka jumpa di dalam kelas dan isi maklumat dalam bentuk jadual secara sistematik.

Projek Luas

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Topik: Projek Luas

Murid:

Tahun 4

Objektif

Pada akhir pelajaran, murid dapat:
1. Mengira luas segi empat sama dan segi empat tepat menggunakan petak segi empat sama.
2. Menggunakan rumus untuk menentukan luas segi tiga bersudut tegak, segi tiga sama sisi, dan segi tiga sama kaki.
3. Mengaplikasikan pengetahuan luas dalam projek kreatif.

Aktiviti

  1. Pengenalan (10 minit):
    – Guru memperkenalkan konsep luas menggunakan contoh visual dan petak segi empat sama.
    – Perbincangan tentang bagaimana luas digunakan dalam kehidupan seharian.
    2. Aktiviti Kumpulan (20 minit):
       – Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
       – Setiap kumpulan diberikan set kad bentuk (segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga).
       – Murid mengira luas setiap bentuk menggunakan petak segi empat sama dan rumus.
    3. Projek Kreatif (20 minit):
       – Setiap kumpulan perlu menyediakan satu pembentangan PowerPoint dengan kandungan berikut: (1) Konsep luas, (2) Contoh pengiraan pada 2 objek yang mereka pilih dan (3) Kepentingan luas dalam kehidupan seharian manusia.
       – Murid menggunakan alat teknologi di sekolah untuk membina bahan pembentangan tersebut yang menunjukkan kegunaan luas. Guru boleh memberikan contoh demo pembentangan untuk rujukan murid.
    4. Pembentangan (10 minit):
       – Setiap kumpulan membentangkan projek pembentangan mereka kepada kelas.
       – Kelas memberikan maklum balas dan bertanya soalan.

 

Bahan

Kad soalan topik Luas, Perisian PowerPoint, lembaran latihan.

Penilaian

– Senarai semak/ rubrik proses membina projek.
– Pembentangan slaid PowerPoint.
– Lembaran kerja untuk menilai pemahaman murid tentang pengiraan luas.

Metakognitif

– Jurnal Refleksi Individu (5 minit):
   – Murid menulis dalam buku latihan tentang apa yang mereka pelajari mengenai pengiraan luas.
   – Soalan panduan: “Bagaimana anda mengira luas bentuk? Apakah kesukaran yang anda hadapi?”

Penutup

– Guru merumuskan pelajaran dengan menekankan kepentingan pengiraan luas dalam kehidupan seharian.
– Tugasan rumah: Jawab latihan dalam lembaran kerja yang diberikan.

Projek Isipadu

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Topik: Isipadu

Murid:

Tahun 4

Objektif

Pada akhir pelajaran, murid dapat:
1. Mengenal pasti dan mengira isi padu kubus dan kuboid.
2. Menggunakan kubus 1 unit padu untuk menentukan isi padu.
3. Mengaplikasikan rumus untuk mengira isi padu kubus dan kuboid.

Aktiviti

  1. Pengenalan (10 minit):
    – Guru memperkenalkan konsep isi padu menggunakan model 3D kubus dan kuboid.
    – Perbincangan tentang bagaimana isi padu digunakan dalam kehidupan seharian.
  2. Aktiviti Kumpulan (20 minit):
    – Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
    – Setiap kumpulan diberikan kad cabaran pertama yang mengandungi set soalan berkaitan isipadu lego kubus 1 unit padu. Murid membina kubus dan kuboid dan mengira isi padu menggunakan kubus unit. 
    – Kemudian, murid diminta menjawab 1 kuiz dalam talian sebagai kad cabaran kedua.
  3. Projek Kreatif (20 minit):
    – Setiap kumpulan perlu mencipta model kubu bangunan menggunakan bahan kitar semula untuk membina bentuk kubus dan kuboid.
    – Murid mengira dan mencatatkan isi padu setiap model yang dibina.
  4. Pembentangan (10 minit):
    – Setiap kumpulan membentangkan model mereka kepada kelas.
    – Kelas memberikan maklum balas dan bertanya soalan.

 

Bahan

Model 3D kubus dan kuboid, lego kubus 1 unit padu, bahan kitar semula (kotak, tiub kertas, dll.), gunting, gam, kertas graf, alat teknologi (e.g: komputer), kad cabaran.

Penilaian

–  Senarai semak dan rubrik penilaian semasa aktiviti kumpulan.
– Pembentangan model.
– Lembaran kerja untuk menilai pemahaman murid tentang pengiraan isi padu.

Metakognitif

– Jurnal Refleksi Individu (5 minit):
  – Murid menulis dalam jurnal refleksi tentang apa yang mereka pelajari mengenai isi padu.
  – Soalan panduan: “Bagaimana anda mengira isi padu kubus dan kuboid? Apakah kesukaran yang anda hadapi?”

 

Penutup

– Guru merumuskan pelajaran dengan menekankan kepentingan pengiraan isi padu dalam kehidupan seharian.
– Tugasan rumah: Cari dan lukis tiga contoh objek yang mempunyai isi padu di rumah beserta pengiraannya.

Projek Penyelesaian Masalah

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Topik: Penyelesaian Masalah Ruang

Murid:

Tahun 4

Objektif

Pada akhir pelajaran, murid dapat:
1. Mengenal pasti masalah yang melibatkan ruang.
2. Menggunakan strategi penyelesaian masalah untuk menyelesaikan masalah ruang.
3. Membentangkan penyelesaian masalah secara kreatif.

Aktiviti

  1. Pengenalan (10 minit):
    – Guru memperkenalkan konsep penyelesaian masalah ruang dengan contoh-contoh mudah.
       – Perbincangan tentang kepentingan penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian.
  2. Aktiviti Kumpulan (20 minit):
    – Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
       – Setiap kumpulan diberikan satu masalah ruang untuk diselesaikan.
       – Murid menggunakan bahan manipulatif untuk membantu dalam penyelesaian masalah.
  3. Projek Kreatif (20 minit):
    – Setiap kumpulan mencipta pelan lantai rumah idaman mereka dan mengira perimeter dan luas setiap bilik. Kemudian, mereka diminta membangunkan model rumah tersebut menggunakan bahan kitar semula yang menunjukkan penyelesaian masalah isipadu mereka.
       – Guru membantu dengan memberikan model contoh sebagai panduan kepada murid.
  4. Pembentangan (10 minit):
    – Setiap kumpulan membentangkan penyelesaian masalah mereka kepada kelas.
       – Kelas memberikan maklum balas dan bertanya soalan.

 

Bahan

Bahan manipulatif, kertas graf, penanda, bahan kitar semula (kotak, tiub kertas, dll.), gunting, gam, pensel warna.

Penilaian

– Senarai semak dan rubrik penilaian semasa aktiviti kumpulan.
– Pembentangan pelan lantai rumah dan model rumah
– Lembaran kerja untuk menilai pemahaman murid tentang penyelesaian masalah ruang.

Metakognitif

– Jurnal Refleksi Individu (5 minit):
   – Murid menulis dalam buku latihan tentang apa yang mereka pelajari mengenai penyelesaian masalah ruang.
   – Soalan panduan: “Bagaimana anda menyelesaikan masalah ruang? Apakah strategi yang berkesan?”

 

Penutup

– Guru merumuskan pelajaran dengan menekankan kepentingan penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian.
– Tugasan rumah: Cari dan lukis satu masalah ruang yang anda hadapi di rumah dan bagaimana anda menyelesaikannya.